[VIDEO] PRK Mahkota: Peniaga diingatkan tidak naikkan harga barang

A
A
A

PASIR GUDANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor mengingatkan golongan peniaga di Dewan Undangan Negeri (DUN Mahkota agartidak menaikkan harga barang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK).

Pengarah KPDN Johor, Lilis Salinda Pornomo berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit sekiranya ada aduan diterima berhubung perkara tersebut.

Lilis Saslinda beramah mesra dengan orang ramai ketika sesi walkabout Program Jualan Rahmah Madani di Stadium Bandaraya Pasir Gudang pada Ahad.
Lilis Saslinda beramah mesra dengan orang ramai ketika sesi walkabout Program Jualan Rahmah Madani di Stadium Bandaraya Pasir Gudang pada Ahad.

Menurutnya, ia susulan program advokasi yang telah dilaksanakan di mana tindakan akan dilaksanakan setelah aduan diterima.

"Minta maaflah selepas advokasi diadakan, jika ada peniaga yang masih ingkar, kita terpaksa ambil tindakan.

Lilis Saslinda melihat sendiri proses jualan Rahmah di lokasi berkenaan
Lilis Saslinda melihat sendiri proses jualan Rahmah di lokasi berkenaan

"Kita ada 200 penguat kuasa yang digerakkan setiap hari bagi melakukan pemeriksaan termasuk pihak pembangkan dan sebagainya; bukan daripada aduan sahaja.

"Pegawai kita masuk setiap hari dan laporan juga akan masuk setiap hari," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena sesi walkabout Program Jualan Rahmah Madani di Stadium Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada Ahad.

Difahamkan, sebanyak sembilan lokasi Program Jualan Rahmah Madani diadakan di seluruh negeri bermula pada Sabtu hingga sehingga 15 September ini.

Untuk rekod, Dewan Negeri Mahkota kini menjadi tumpuan orang ramai berikutan PRK yang dijadualkan berlangsung pada 28 September ini.

Sebahagian orang ramai yang hadir ketika Program Jualan Rahmah Madani di Stadium Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada Ahad.
Sebahagian orang ramai yang hadir ketika Program Jualan Rahmah Madani di Stadium Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) pada Ahad.

Sementara itu, Lilis Saslinda berkata, dianggarkan seramai 10,000 rakyat bakal mendapat manfaat daripada program Rahmah berkenaan.

Katanya, secara keseluruhan program ini dilaksanakan bagi meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Bagi program sehari di Pasir Gudang ini, kita sasarkan lebih 10,000 isi rumah akan berbelanja di sini.

"Antara produk dijual adalah beras, telur, minyak masak dan tepung gandum pada potongan harga sehingga 30 peratus,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!