13 'mat rempit' dibawa solat Subuh berjemaah
KUALA LUMPUR - Seramai 13 'mat rempit' dibawa untuk bersama menunaikan solat Subuh berjemaah dan mendengar tazkirah selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan dekat sini pada malam Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, selesai dokumentasi di Balai Polis Tun HS Lee, kesemua individu berusia 14 hingga 19 tahun itu di bawa ke Surau An Nazahah.
"Mereka didedahkan dengan aktiviti kerohanian termasuk solat subuh berjemaah di surau berkenaan.
"Pendekatan keagamaan adalah antara yang digunakan dalam menangani masalah sosial untuk penunggang motosikal remaja di ibu kota," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Menurutnya, pendekatan keagamaan kepada remaja itu diharapkan dapat membantu jiwa dan minda mereka untuk membentuk akhlak yang lebih mulia.
“Ibu bapa juga disarankan agar lebih memberi perhatian kepada anak-anak mereka terutama remaja yang kerap menjadi pengguna jalan raya bagi mengelak sebarang aktiviti melanggar undang-undang lalu lintas,” ujarnya.
@sinarharianonline Moga 'mat rempit' ini menjaga solat mereka, Aamiin #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #MatRempit #Solat #Subuh #Tazkirah
Astaghfirullah - Hafiz Hamidun
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!