Lelaki maut langgar lori muatan ayam

Keadaan kereta milik mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 11 Jalan Kuantan-Segamat pada malam Sabtu. Foto Polis Daerah Rompin.
Keadaan kereta milik mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 11 Jalan Kuantan-Segamat pada malam Sabtu. Foto Polis Daerah Rompin.
A
A
A

ROMPIN - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 11 Jalan Kuantan-Segamat pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Nor Azman Yusof berkata, pihaknya menerima makluman berkenaan kemalangan terbabit, pada jam 10.40 malam.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa dalam perjalanan dari arah Segamat menuju ke Muadzam Shah.

"Kereta dipandu mangsa secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan dan bertembung lori yang membawa muatan ayam hidup sehingga menyebabkan kenderaan itu terbalik di tengah jalan.

"Pada masa sama, sebuah treler membawa muatan pasir yang berada di belakang lori gagal mengelak dan melanggar kenderaan terbabit.," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan mangsa yang berusia 38 tahun menaiki kenderaan jenis Proton Saga meninggal dunia dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.

"Pemandu lori dan treler masing-masing berusia 39 serta 60 tahun hanya mengalami kecederaan ringan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut diminta segera menghubungi pihak polis atau hadir di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!