Guru direman kes amang seksual murid lelaki 12 tahun

Seorang guru lelaki direman bagi membantu siasatan selepas didakwa berhubung kes melakukan amang seksual fizikal terhadap murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac lalu.
Seorang guru lelaki direman bagi membantu siasatan selepas didakwa berhubung kes melakukan amang seksual fizikal terhadap murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang guru lelaki direman bagi membantu siasatan selepas didakwa berhubung kes melakukan amang seksual fizikal terhadap murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac lalu.

Perbuatan terkutuk tersebut didakwa berlarutan selama enam bulan oleh suspek yang berusia 40-an itu bersama pelajar lelaki darjah enam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berkait kes tersebut pada jam 2.40 petang pada Khamis lalu.

"Hasil siasatan awal kami mendapati mangsa merupakan seorang pelajar lelaki berumur 12 tahun di sebuah sekolah kebangsaan di Tumpat.

"Dalam kejadian terbabit mangsa telah dipaksa oleh seorang guru (suspek) di sekolah tersebut untuk melakukan perbuatan terkutuk," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, guru tersebut juga bertindak memegang kemaluan mangsa sewaktu kejadian.

Ujarnya, kejadian tersebut telah berlarutan selama enam bulan iaitu sejak bulan Mac hingga Ogos lalu.

Rosdi memberitahu, pada Sabtu lebih kurang jam 9.15 malam suspek iaitu seorang guru telah berjaya ditangkap di sebuah rumah di Tumpat.

Artikel Berkaitan:

"Suspek masih bujang dan kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Ahad hingga 14 September ini untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!