Teresa Kok disiasat, DAP bantu khidmat guaman - Anthony Loke

Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Anthony Loke)
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Anthony Loke)
A
A
A

SHAH ALAM - DAP akan membantu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok melalui biro guaman parti berkenaan dalam memberi nasihat undang-undang sepanjang proses memberi keterangan kepada pihak polis.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pucuk pimpinan DAP yakin bahawa Teresa tidak melanggari undang-undang dalam menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen.

“Saya mengambil maklum kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bahawa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akan dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan.

“Biro Guaman DAP akan menemani dan memberi nasihat undang-undang kepada Teresa dalam proses tersebut dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini, Teresa dalam satu kenyataan berkata, pelaksanaan pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.

Menurutnya, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil selain menambahkan kos pentadbiran.

Susulan itu, Razarudin memaklumkan, siasatan akan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) melibatkan isu berkaitan raja, agama dan kaum (3R) kerana pihaknya menerima lima laporan polis terhadap Teresa.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!