Bunga Raya 7s wanita capai KPI di Incheon

Aksi pemain Bunga Raya 7s negara Kajolin Jenisen ketika menentang UAE di Stadium Namdong Asiad Incheon.
Aksi pemain Bunga Raya 7s negara Kajolin Jenisen ketika menentang UAE di Stadium Namdong Asiad Incheon.
A
A
A

SKUAD ragbi tujuh sebelah wanita negara (7s) telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pada Kejuaraan Siri Pertama Ragbi 7s Asia Incheon 2024 di Korea Selatan yang berakhir pada Ahad.

Pengendali skuad ragbi tujuh sebelah wanita negara (7s), Mohd Faiz Samsukhidir berkata, pemain telah memberikan persembahan terbaik menyaingi gergasi seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), China dan Hong Kong

"Syukur, Alhamdulillah, skuad Bunga Raya tujuh sebelah negara berjaya mencapai sasaran diletakkan sebelum ini.

"Saya gembira apabila setiap pemain mempamerkan komitmen dan disiplin tinggi serta bertungkus lumus biarpun persediaan singkat untuk kejuaraan ini.

"Saya tuntut pemain-pemain untuk mengekalkan momentum ini untuk siri kedua selepas ini bagi membolehkan skuad negara kekal berada dalam saingan elit," katanya.

Pemain Bunga Raya 7s negara ketika menentang China dalam aksi Kumpulan B di Stadium Namdong Asiad Incheon.
Pemain Bunga Raya 7s negara ketika menentang China dalam aksi Kumpulan B di Stadium Namdong Asiad Incheon.

Sebagai rekod anak buah Faiz Samsukhidir mengakhiri cabaran siri pertama di kedudukan ketujuh selepas menewaskan Singapura 15-7 dalam perlawanan penentuan ketujuh dan kelapan.

Siri Kedua akan berlangsung di Hangzhou, China pada 21 dan 22 September manakala Siri Ketiga di Bangkok, Thailand pada 9 dan 10 November.

Artikel Berkaitan:

INFO

Kejuaraan Siri Pertama Ragbi 7s Asia Incheon 2024

Kumpulan B

Malaysia 0 - 29 China

Malaysia 15 - 17 Hong Kong

Malaysia 22 - 0 Singapura

Separuh Akhir Plate (5/8)

Malaysia 7-17 UAE

Ketujuh Kelapan

Malaysia 15-7 Singapura

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!