PRU16: Pas sasar letak wakil DHPP

Tuan Ibrahim ketika berucap merasmikan Konvensyen DHPP Kesembilan sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-70 di Jerantut pada Ahad.
Tuan Ibrahim ketika berucap merasmikan Konvensyen DHPP Kesembilan sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-70 di Jerantut pada Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Pas menyasarkan akan meletakkan wakil daripada Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) yang mampu menang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini bagi membolehkan wakil mereka berada dalam barisan kepimpinan di peringkat negeri mahu pun pusat.

"Tadi, saya bisik kepada Bala (Ketua DHPP, N Balasubramaniam), saya katakan pada PRU16, ada wakil daripada DHPP berada dalam kerajaan.

"Pahang, Perak dan Selangor akan jadi tumpuan kita pada PRU16, jadi Pas sangat berharap DHPP ada wakil di tiga negeri ini nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen DHPP Kesembilan sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-70 di Jerantut pada Ahad.

Ahli Parliman Kubang Kerian itu memberitahu, sokongan wakil daripada DHPP diperlukan bagi membolehkan negeri Pahang, Perak dan Selangor dimenangi parti berkenaan pada PRU16.

Katanya, setakat ini, Pas telah menawan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, serta ia adalah pencapaian terbaik dicapai parti itu bersama Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya lalu.

"Kita juga mendapat lonjak besar apabila berlaku pertambahan kerusi, di Perak tiga kerusi kepada 17 dan Pahang pula daripada enam kepada 17 kerusi.

Artikel Berkaitan:

"Malah, pencapaian cemerlang di Selangor dan sebanyak 43 Parlimen, ini semua ada sumbangan daripada wakil," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!