Bayi lelaki cukup sifat ditemukan di belakang rumah

Seorang penduduk dikejutkan dengan penemuan bayi lelaki yang cukup sifat, masih bertali pusat dan bernyawa di belakang rumahnya di Kampung Sungai Bedal, Machang pada Ahad. Foto pembaca
Seorang penduduk dikejutkan dengan penemuan bayi lelaki yang cukup sifat, masih bertali pusat dan bernyawa di belakang rumahnya di Kampung Sungai Bedal, Machang pada Ahad. Foto pembaca
A
A
A

MACHANG - Seorang penduduk dikejutkan dengan penemuan bayi lelaki yang cukup sifat, masih bertali pusat dan bernyawa di belakang rumahnya di Kampung Sungai Bedal di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, pada jam lebih kurang 10.45 pagi pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi lelaki oleh seorang pengadu.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek yang dipercayai melakukan perbuatan terbabit adalah anak angkat kepada pengadu.

"Pada Sabtu, pengadu memaklumkan suspek yang berusia 20-an itu dikatakan hanya berbaring di atas katil dalam keadaan kesakitan dengan alasan darah haidnya keluar banyak," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, suspek telah mengaku kepada pengadu bahawa bayi terbabit adalah anaknya yang baharu dilahirkan.

Ujarnya, bayi berkenaan telah diserahkan kepada Hospital Sultan Ismail Petra bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Ahmad Shafiki memberitahu, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!