Kejutan kesebelasan utama Malaysia menentang Lubnan
KETUA jurulatih pasukan negara, Pau Marti Vicente melakukan perubahan besar dalam senarai kesebelasan utama pada aksi final Pestabola Merdeka 2024 menentang Lubnan malam ini.
Mengejutkan dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi direhatkan di bangku simpanan.
Sebaliknya Pau Vicente memberi kepercayaan kepada Sapawi Rasid yang akan membentuk trio bersama Syafiq Ahmad dan Romel Morelas di bahagian serangan.
Barisan tengah pula dikemudi oleh Nooa Laine, Syamer Kutty Abba dan Endrick Dos Santos.
Kapten Dion Cools dan Matthew Davies kekal di benteng pertahanan sambil dibantu Corbin Ong dan Dominic Tan yang mengambil alih tempat Feroz Baharudin dan Daniel Ting.
Ahmad Syihan Hazmi pula kekal sebagai benteng terakhir skuad Harimau Harimau Malaya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!