Malaysia dahului Lubnan 1-0 pada babak pertama
[DIKEMAS KINI] MALAYSIA boleh menarik nafas lega masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan satu jaringan ke atas Lubnan dalam aksi final Pestabola Merdeka 2024 sebentar tadi.
Romel Morales meletakkan Malaysia di depan hasil tandukan melepasi jangkauan penjaga gol, Mehdi Khalil pada minit ke-33 dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Memasuki babak kedua, Pau Marti Vecente membuat dua pertukaran.
Pemain sensasi, Arif Aiman Hanapi dan Akhyar Rashid dibawa masuk menggantikan Sapawi Rasid serta Syafiq Ahmad.
Terdahulu skuad Harimau Malaya berpeluang di depan menerusi sepakan percuma Safawi Rasid, namun dinafikan Mehdi.
Malaysia dalam misi menamatkan kemarau kejuaraan Pestabola Merdeka yang kali terakhir dimenangi pada 2013 menerusi skuad bawah 23 tahun.
@sinarharianonline Malaysia dahului Lubnan 1-0 pada babak pertama #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #BolaSepak #PestabolaMerdeka #HarimauMalaya #Lubnan
Ale Ale Ayuh Ayuh Malaysiaku - Ultras Sound
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!