Brek gagal berfungsi, lori rempuh pagar pangsapuri

Lori muatan tanah dipandu seorang lelaki berumur 30-an hilang kawalan sebelum merempuh pagar serta rumah sampah Pangsapuri Sri Pinang, U13 Setia Alam.
Lori muatan tanah dipandu seorang lelaki berumur 30-an hilang kawalan sebelum merempuh pagar serta rumah sampah Pangsapuri Sri Pinang, U13 Setia Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Masalah brek menjadi punca sebuah lori hilang kawalan sebelum merempuh pagar serta rumah sampah Pangsapuri Sri Pinang, U13 Setia Alam di sini pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.42 pagi melibatkan lori yang membawa muatan tanah.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila lori berkenaan yang dipandu seorang lelaki berumur 30-an dari arah Persiaran Setia Makmur telah hilang kawalan semasa membelok ke kiri persimpangan di lokasi kejadian.

"Lori itu kemudiannya memasuki arah bertentangan sebelum melanggar pagar dan rumah sampah di pekarangan pangsapuri berdekatan," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca akibat kegagalan fungsi brek mengakibatkan lori gagal dikawal.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59)

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Sarjan Wan Badaru Wan Abdullah di talian 016-3733066," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!