Isu sijil halal: Jaga sensitiviti, elak salah faham

Kebanyakan masyarakat pada hari ini begitu berminat untuk mencuba pelbagai hidangan di premis terkenal, namun disebabkan tiada pensijilan halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ia menghalang orang ramai daripada datang untuk menjamu selera.
Kebanyakan masyarakat pada hari ini begitu berminat untuk mencuba pelbagai hidangan di premis terkenal, namun disebabkan tiada pensijilan halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ia menghalang orang ramai daripada datang untuk menjamu selera.
A
A
A

KENYATAAN yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkaitan pensijilan halal telah mencetuskan kontroversi.

Susulan kejadian tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegur Naib Presiden DAP itu berikutan komen yang dikeluarkan mengundang kritikan masyarakat.

Anwar turut menasihatkan pihak yang mempunyai cadangan berkaitan pensijilan halal membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bagaimanapun menyifatkan kenyataan Teresa itu sebagai mewakili kebimbangan masyarakat bukan Islam susulan maklum balas daripada pemilik restoran-restoran bukan Islam yang bimbang perniagaan mereka juga akan diwajibkan mendapatkan pensijilan halal.

Pengkhususan sijil halal terhadap industri makanan dan minuman perlu dilaksanakan bagi memastikan setiap sumber yang digunakan dalam masakan mematuhi hukum syarak selain bersih daripada sebarang bahan terlarang.

Kebanyakan masyarakat pada hari ini begitu berminat untuk mencuba pelbagai hidangan di premis terkenal, namun disebabkan tiada pensijilan halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ia menghalang orang ramai daripada datang untuk menjamu selera.

Penulis tidak menafikan terdapat segelintir pihak yang mempersoalkan perniagaan makanan tepi jalan yang menjual produk mereka tanpa sebarang pensijilan halal dan tiada tindakan dibuat oleh pihak berkuasa.

Pada pandangan penulis, namun perkara itu perlu diteliti sepenuhnya dan jika pelaksanaan tersebut bakal dijalankan biarlah ia bersifat adil kepada semua.

Artikel Berkaitan:

Walaupun masyarakat pada hari ini lebih terbuka, namun setiap individu mempunyai pandangan berbeza dan selektif dalam memilih makanan serta minuman.

Bagi mengelakkan sebarang salah faham, setiap individu perlu menjaga sensitiviti setiap kaum sama ada pertuturan atau penulisan.

Sementara itu, projek membina loji rawatan air (LRA) yang menelan perbelanjaan sehingga berbilion ringgit tenggelam dalam tempoh 20 minit.

Bunyi pergerakan tanah sebelum tebing sungai tiba-tiba runtuh berjaya menyelamatkan kira-kira 100 pekerja di tapak projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) dekat Bandar Saujana Putra, Selangor.

Kejadian tersebut berlaku sangat pantas sehinggakan tapak projek yang bersaiz lebih besar daripada sebuah padang bola sepak itu ditenggelami air sedalam 19 meter.

Menurut Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Profesor Dr Ahmad Ismail, insiden tebing sungai runtuh yang menenggelamkan projek LRA Sungai Rasau mungkin berpunca daripada struktur geologi kawasan itu yang tanahnya berpasir.

Pada pandangan penulis, setiap projek yang ingin dijalankan sama ada berskala besar atau kecil perlu memberi penekanan terhadap aspek alam sekitar dan air bagi mengelakkan sebarang insiden mendapan tanah di kawasan tersebut berlaku.

Perkara itu penting bagi memastikan keselamatan pekerja terjamin selain dapat mengelakkan sebarang insiden kemalangan jiwa.

Pihak pengurusan perlu melakukan pemeriksaan dalam menilai impak dan risiko sebelum memulakan projek.

Keadaan alam sekitar yang semakin 'tenat' tidak mampu lagi menampung pelbagai projek berskala besar dan kerajaan negeri perlu mencari penyelesaian tuntas bagi memastikan setiap pembangunan dijalankan secara lestari.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!