Tebing runtuh mungkin disebabkan struktur geologi

Insiden projek LRA Sungai Rasau tenggelam
Insiden projek LRA Sungai Rasau tenggelam
A
A
A

SHAH ALAM - Insiden tebing sungai runtuh yang menenggelamkan projek LRA Sungai Rasau mungkin berpunca daripada struktur geologi kawasan itu yang tanahnya berpasir.

Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Profesor Dr Ahmad Ismail berkata, ini kerana struktur tanah berpasir lazimnya longgar.

Dr Ahmad Ismail
Dr Ahmad Ismail

“Dengan struktur tanah longgar, kalau ada tekanan bawah tanah yang tinggi disebabkan limpahan air berlebihan akan mendorong terjadinya mendapan tanah.

“Struktur geologi kawasan berkenaan sebegitu mungkin kerana ia bekas tapak lombong,” katanya.

Ahmad berkata, beliau sebelum ini kerap menekankan mengenai kepentingan supaya apa sahaja projek pembangunan mesti mempunyai maklumat penting berkaitan alam sekitar, air dan struktur geologi kawasan berkenaan.

Keadaan terkini di sekitar tebing sungai di projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) yang runtuh petang semalam menyebabkan limpahan air sungai memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan. Foto Bernama
Keadaan terkini di sekitar tebing sungai di projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) yang runtuh petang semalam menyebabkan limpahan air sungai memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan. Foto Bernama

Katanya, apabila projek dibangunkan berdekatan kawasan sungai juga perlu ada zon penampan bagi menahan tebing sungai daripada pecah atau terhakis.

Artikel Berkaitan:

“Saya yakin projek berskala besar ini ada kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Saya juga percaya siasatan terperinci akan dijalankan, namun paling penting perlu ada tindakan segera selepas hasil siasatan diperoleh,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!