Tiada keperluan kempen vaksin polio besar-besaran, fokus kepada golongan antivaksin - Pakar

Tiada keperluan untuk melakukan kempen vaksinasi polio secara besar-besaran sebaliknya kekal dengan pendekatan sedia ada. (Gambar kecil: Dr Zainal Ariffin)
Tiada keperluan untuk melakukan kempen vaksinasi polio secara besar-besaran sebaliknya kekal dengan pendekatan sedia ada. (Gambar kecil: Dr Zainal Ariffin)
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada keperluan untuk melakukan kempen vaksinasi polio secara besar-besaran sebaliknya kekal dengan pendekatan sedia ada.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, hal berkenaan telah diambil kira susulan liputan vaksinasi polio dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia berada pada tahap yang tinggi.

“Pada tahun 2000, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa Malaysia merupakan negara bebas polio. Namun, pemantauan berterusan dibuat dan satu kes terakhir dilaporkan pada tahun 2019.

“Keadaan ini menunjukkan tiada keperluan untuk mengadakan kempen vaksinasi secara besar-besaran sebaliknya terus kepada pendekatan sedia ada. Fokus kepada golongan antivaksin dan golongan yang rendah liputannya,” kata beliau kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pakistan dilaporkan akan melancarkan kempen vaksinasi kecemasan minggu depan selepas pengesanan kes polio pertama di ibu negara itu dalam tempoh 16 tahun.

Lebih 33 juta kanak-kanak di bawah umur 5 tahun akan divaksin dalam program dari rumah ke rumah mulai Isnin ketika jumlah kes baharu tahun ini meningkat kepada 17.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan polio tidak boleh dipandang ringan kerana ia merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dalam kalangan kanak-kanak.

“Penyakit berjangkit ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami lumpuh anggota secara kekal.

Artikel Berkaitan:

“Tiada rawatan khusus untuk penyakit itu. Cara yang terbaik adalah vaksin,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!