Amyra, Amar sambut cahaya mata kedua
PELAKON Amyra Rosli selamat melahirkan cahaya mata keduanya, seorang bayi perempuan pada Sabtu.
Berita gembira tersebut dikongsi suami Amyra, Amar Baharin menerusi laman Instagram miliknya semalam.
“Alhamdulillah isteri saya, Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi.
“Baby sihat dan isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” tulis Amar.
Perkongsian itu mendapat perhatian daripada peminat dan pengikutnya Instagram pasangan popular itu yang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah selain doa buat mereka.
Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi, 3.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!