Masih banyak taska, tadika beroperasi secara haram di Pulau Pinang

Sebanyak 63 taska, 34 Pusat Jagaan Kanak-Kanak dan 100 Tadika dikesan masih beroperasi secara haram di negeri ini. (Gambar kecil: Siew Khim)
Sebanyak 63 taska, 34 Pusat Jagaan Kanak-Kanak dan 100 Tadika dikesan masih beroperasi secara haram di negeri ini. (Gambar kecil: Siew Khim)
A
A
A

GEORGE TOWN - Sebanyak 63 taska, 34 Pusat Jagaan Kanak-Kanak dan 100 Tadika dikesan masih beroperasi secara haram di negeri ini.

Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim berkata, meskipun kerajaan negeri telah melaksanakan proses pemutihan sejak tahun 2017 hingga 2023, dengan pelbagai kelonggaran diberikan kepada mereka namun ia seakan tidak dipeduli.

Menurutnya, tempoh pemutihan telah dilanjutkan beberapa kali dan pelbagai inisiatif seperti pengecualian yuran serta kadar diskaun juga telah ditawarkan sebagai usaha untuk membantu dan menggalakkan para pengusaha tampil ke hadapan dan mengemukakan permohonan mereka.

Namun beliau merasakan kelonggaran yang diberikan ini telah menyebabkan segelintir pengusaha mengambil sikap tidak ambil peduli dan terus menangguhkan pendaftaran mereka.

"Oleh itu, pihak kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan untuk melanjutkan tempoh pemutihan pada masa ini.

"Saya difahamkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah mengeluarkan notis larangan operasi bagi mengehadkan pengambilan kanak-kanak sehingga pusat berkenaan memperoleh sijil perakuan wajib daripada agensi yang berkaitan,"katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Ahad.

Ditanya apakah tindakan yang akan diambil pada pengusaha yang masih enggan mematuhi peraturan ditetapkan, beliau berkata pihaknya akan mempertimbangkan untuk menghentikan sebarang tindakan lanjut seperti saman atau penutupan.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, tindakan itu sudah tentunya kerana kerajaan negeri amat prihatin terhadap kesejahteraan kanak-kanak dan ibu bapa yang memerlukan kemudahan ini.

Di samping itu, katanya kerajaan negeri juga telah mengambil langkah tambahan untuk mengenal pasti pengusaha yang bukan berasaskan keuntungan dan membantu mereka dalam proses pendaftaran.

"Buat masa ini, memandangkan tempoh pemutihan telah berakhir pada 31 Ogos 2023, kerajaan negeri

perlu membuat pindaan ke atas Panduan pendaftaran taska, tadika dan pusat jagaan untuk mengembalikan kadar pemajuan perakuan pendaftaran infrastruktur (caj tukar guna) mengikut kadar biasa yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Kebanyakkan isu yang telah dikenalpasti adalah isu bayaran pemajuan perakuan pendaftaran infrastruktur, atau caj tukar guna.

"Namun, pihak kerajaan telah memberikan kelonggaran fee tersebut dan mengambil langkah pemberian 90 peratus kepada pengusaha pada tahun 2017 dan seterusnya menukarkan kadar bayaran caj tukar guna sebanyak RM1,000 flat-rate kepada pengusaha yang tampil untuk berdaftar sahaja sehingga tahun Ogos 2023,"tambahnya lagi.

Sementara itu, Siew Khim berkata, sehingga kini terdapat sebuah pusat jagaan kanak-kanak dan dua taska telah dikenakan tindakan kerana pengabaian terdapat kanak-kanak iaitu tindakan sita atau Lak agar Pengusaha menamatkan operasi mereka.

Selain itu, terdapat satu kes sorang bayi dilaporkan meninggal dunia di sebuah taska di daerah Barat Daya dan seorang kanak-kanak mengalami patah paha di sebuah taska berdaftar di Seberang Perai Utara pada tahun ini.

Beliau menegaskan lengesahan operasi pusat jagaan tidak sepatutnya dianggap sebagai beban, tetapi sebagai tanggungjawab demi keselamatan kanak-kanak dan ketenangan hati ibu bapa.

"Walaupun niat pengusaha baik, terdapat kes penderaan dan pengabaian di pusat haram yang tidak diawasi.

"Oleh itu, saya menyeru semua pengusaha untuk mendaftarkan premis mereka, dan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap yang tidak mematuhi peraturan,"ujarnya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!