Diabai ketika sakit, suami tikam isteri hingga mati
JAKARTA - Seorang lelaki ditahan polis Jakarta Selatan selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sepat, Kecamatan Pasar Minggu pada 4 September.
Menurut Ketua Seksyen Perhubungan Awam Metro Jakarta Selatan, AKP Nurma Dewi, kejadian pembunuhan berlaku ketika mangsa sedang tidur di bilik sewa mereka.
"Ketika itulah suspek menikam mangsa sebanyak enam kali, iaitu lima di bahagian perut dan satu di paha mangsa," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Jelasnya, selepas kejadian berkenaan, mangsa sempat dikerjakan ke hospital bagaimanapun dia tidak dapat diselamatkan.
Dalam pada itu mengulas mengenai motif kejadian, Nurma berkata, suspek dipercayai terasa hati dengan mangsa yang seolah-olah mengabaikannya ketika dia sedang sakit.
Katanya lagi, anak-anak suspek kini mengalami trauma kerana menyaksikan kejadian tersebut.
"Suspek kini disoal siasat lanjut oleh Unit Pelayanan Perempuan dan Anak (PPA) Polres Jakarta Selatan untuk diminta keterangan secara terperinci," tambahnya. -Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!