Lelaki maut nahas tiga kenderaan

Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. - Foto BBP Pontian
Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. - Foto BBP Pontian
A
A
A

PONTIAN - Seorang lelaki maut dalam nahas tiga kenderaan di Jambatan Sungai Ayer Baloi, di sini pada malam Ahad.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Pegawai Bomba Kanan I Khas Untuk Penyandang (KUP), Abdullah Sani Md Jani, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.48 malam.

Katanya, sebaik menerima panggilan tersebut, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan lapan anggota bomba ditugaskan ke lokasi.

Keadaan di lokasi kemalangan. Foto BBP Pontian
Keadaan di lokasi kemalangan. Foto BBP Pontian

"Setibanya PKO ke lokasi, kemalangan tersebut didapati melibatkan tiga kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Axia, Proton Wira dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire.

"Terdapat seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu kereta Proton Wira dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi manakala dua wanita iaitu pemandu Perodua Axia dan Toyota Vellfire dilaporkan selamat.

"PKO kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan rescue tools dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto BBP Pontian
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto BBP Pontian

Artikel Berkaitan:

PKO turut bertindak menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa tumpahan minyak menggunakan satu aliran salur bantu sehingga selesai.

Operasi ditamatkan pada jam 10.06 malam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!