RISDA sediakan kami peluang berniaga

Ahmad Zahid (tiga dari kanan) menyampaikan geran kepada Noor Azimah (lima dari kanan) sambil diperhatikan Manndzri (empat dari kanan) ketika program Karnival RISDA Dataran Uptown Kluang, pada Sabtu.
Ahmad Zahid (tiga dari kanan) menyampaikan geran kepada Noor Azimah (lima dari kanan) sambil diperhatikan Manndzri (empat dari kanan) ketika program Karnival RISDA Dataran Uptown Kluang, pada Sabtu.
A
A
A

KLUANG – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan pelbagai program pembangunan usahawan untuk melahirkan ramai usahawan berjaya.

Selain membantu memperkasakan potensi usahawan, program-program berkenaan dilihat menjadi ‘model’ yang bersesuaian untuk diketengahkan dan seterusnya menjadi tunjang kepada usahawan bimbingan RISDA yang lain.

Seorang pengusaha kedai makan, Suleiman Abd Fatah, 40, program yang dilaksanakan RISDA sememangnya memberikan banyak manfaat untuk perniagaannya.

Malah, Suleiman yang juga pemilik Warung Pokok Buluhh, kini berbangga kerana mampu memperoleh pendapatan lumayan pada setiap bulan dan secara tahunan.

“Alhamdulillah, RISDA banyak membantu dalam perniagaan saya. Saya bermula dengan perniagaan kuih-muih tradisional sebelum memberanikan diri untuk membuka sebuah kedai makan yang kini mampu menjana pendapatan tahunan mencecah RM120,000.

“RISDA banyak membantu usahawan kecil seperri saya khususnya pemberian geran. Ia membolehkan saya mampu memiliki sebuah kedai makan sendiri,” katanya.

Suleiman berkata demikian ketika ditemui di gerai jualannya sempena program Karnival RISDA Madani (KARRISMA) di Dataran Uptown Kluang, pada Sabtu.

Suleiman (tengah) bersama isteri, anaknya dan dua adik ipar.
Suleiman (tengah) bersama isteri, anaknya dan dua adik ipar.

Artikel Berkaitan:

RISDA dengan sokongan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menganjurkan KARRISMA Peringkat Zon Selatan dari 6 hingga 8 September 2024 bertempat di Dataran Uptown Kluang, Bandar Kluang, Johor.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir merasmikan Karnival RISDA Madani..

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib serta Ketua Pengarah RISDA, Zainal Azni Zulkifli.

Sempena karnival berkenaan, Suleiman turut menjual makanan yang menjadi signatur kedai makannya seperti laksa Penang, mi rebus, rojak manis dan kuih-muih.

Tambah Suleiman, pada peringkat awal perniagaannya, dia mendapat tawaran geran sebanyak RM20,000 bagi tujuan membeli peralatan memasak di kedainya.

Suleiman turut memperolehi geran berjumlah RM10,000 bagi tujuan pembungkusan makanan di kedai makannya.

“Kesemua bantuan ini telah membantu mengembangkan perniagaan saya.Kini saya menyediakan perkhidmatan katering dan mendapat sambutan memberangsangkan,” katanya.

Dalam pada itu, Suleiman turut mencadangkan kepada orang ramai yang mahu berjaya dalam bidang perniagaan makanan sepertinya untuk menghubungi agensi itu.

Katanya, RISDA sememangnya telah terbukti membantu ramai usahawan kecil-kecilan untuk berjaya dan memperolehi pendapatan yang memuaskan.

Kembangkan perniagaan

Sementara itu, seorang usahawan percetakan, Noor Azimah Che Mat 37, menyifatkan program pembangunan usahawan RISDA telah banyak membantu perniagaannya yang diusahakannya sejak tahun 2012.

“Saya bersyukur apabila mendapat bantuan geran dalam program pembangunan usahawan yang dijalankan oleh RISDA.

“Saya menggunakan bantuan berkenaan untuk mengembangkan perniagaan percetakan,” katanya yang nenjalankan perniagaan percetakan di Kluang.

Tambah Noor Azimah, kejayaannya mengikuti program Groombig RISDA daerah Kluang 2024 telah melayakkannya untuk menerima geran berjumlah RM50,000 pada karnival berkenaan.

Noor Azimah pernah mendapat bantuan geran AET Nano, pelabelan dan masih menerima geran daripada pihak RISDA.

“Melalui program Groombig,, saya menerima geran ini selama setahun. Alhamdulillah, saya menerima geran ini selepas perlu melalui tiga tapisan sebelum ke peringkat akhir dan memenanginya,” katanya.

Beliau berkata, geran RM50,000 akan digunakan untuk menambah baik mesin sedia ada, membeli mesin baharu atau peralatan-peralatan lain yang lebih canggih.

Noor Azimah juga berhasrat untuk memenangi geran berjumlah RM1 juta dan merancang memanfaatkannya untuk mengukuhkan perniagaan.

KARRISMA platform terbaik

Ahmad Zahid (tengah) dan Manndzri bersama tetamu yang hadir pada program Karnival RISDA Madani (KARRISMA) di Dataran Uptown Kluang, pada Sabtu.
Ahmad Zahid (tengah) dan Manndzri bersama tetamu yang hadir pada program Karnival RISDA Madani (KARRISMA) di Dataran Uptown Kluang, pada Sabtu.



Menurut Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib, karnival KARRISMA yang dianjurkan tiga hari itu menyediakan platform kepada 70 usahawan pekebun kecil bimbingan RISDA untuk mempromosikan produk mereka serta memperluaskan jaringan pemasaran.

“Ia diadakan bertujuan bertujuan menyantuni masyarakat setempat serta memperkukuhkan peranan RISDA dalam memperkasakan pekebun kecil dan masyarakat luar bandar melalui pelbagai inisiatif yang ditawarkan.

“Ini adalah antara usaha RISDA dan KKDW untuk menyampaikan maklumat perkhidmatan serta bantuan ekonomi dan keusahawanan yang disediakan bagi masyarakat luar bandar,” kata Manndzri.

Beliau berkata, program itu turut menekankan bahawa peranan RISDA bukan hanya terbatas kepada penanaman getah semata-mata, tetapi melibatkan pelbagai bentuk bantuan lain seperti program keusahawanan dan agromakanan, sehingga ke bantuan khairat kematian.

“Karnival ini merupakan platform penting bagi pekebun kecil untuk mendapatkan informasi terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh kerajaan, peluang untuk memperbaiki kehidupan dan meningkatkan pendapatan melalui program-program yang disediakan,tambah Mannzdri.

Sepanjang tiga hari, pelbagai aktiviti menarik turut dianjurkan termasuk persembahan tradisional, pertandingan e-sport, demonstrasi produk, saringan kesihatan, dan konsert yang menampilkan artis-artis popular seperti Adira, Azlan & The Typewriter, dan Achey.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!