Ten Hag perlu terus diberi sokongan kemudi United

Erik Ten Hag
Erik Ten Hag
A
A
A

BEKAS pemain Manchester United, Nicky Butt menyifatkan bukan masa yang sesuai untuk memecat Erik Ten Hag walaupun permulaan buruk Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris.

Bos United itu berdepan tekanan selepas hanya mengutip tiga mata daripada tiga perlawanan pertama musim ini termasuk kekalahan 0-3 kepada Liverpool di Old Trafford sebelum rehat antarabangsa.

Ten Hag dikekalkan bersama pasukan itu selepas berjaya menjuarai Piala FA menewaskan Manchester City musim lalu walaupun sebelum itu timbul desas desus mengatakan dia bakal dipecat.

Butt yang beraksi dalam perlawanan United Legends menentang Celtic, Sabtu lalu percaya kelab itu harus berpegang pada keputusan tersebut.

"Tidak ada gunanya memecat seseorang jika tiada sesiapa yang lebih layak akan masuk. Kelab di seluruh dunia melakukannya, saya fikir ia gila.

“Mereka memecat seorang pengurus kerana ia tidak berjalan lancar dan mereka tidak mempunyai sebarang sasaran munasabah, kemudian mereka membawa satu lagi pengurus yang salah dan ia memberikan kesam

"Ten Hag perlu diberi masa untuk memperbaiki pasukan. Ia baru permulaan musim, mereka hanya bermain tiga atau empat perlawanan dan anda perlu menyokongnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!