Jojo dedah patah tangan enam minggu sebelum tumbangkan Cruz
[DIKEMAS KINI] JAGUH Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia mengalami patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
Johan atau mesra dengan panggilan Jojo berkongsi perkara tersebut di laman Facebook miliknya selain turut memuat naik video keadaan tangannya itu.
Malah, Jojo berkata, dia hampir menarik diri namun bersyukur kerana sempat pulih sebelum aksi menentang petarung Mexico itu.
"Ia berlaku enam minggu sebelum pertarungan. Hampir menarik diri, tetapi Alhamdulillah sempat pulih," katanya.
Dalam aksi menentang Cruz itu, Jojo hanya memerlukan satu pusingan untuk menumbangkan lawannya itu secara knockout (KO).
Ia sekali gus menyaksikan Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!