Empat individu ditahan langgar MPV polis

Kenderaan yang dirampas bagi membantu siasatan.
Kenderaan yang dirampas bagi membantu siasatan.
A
A
A

AMPANG - Polis menahan empat individu termasuk dua wanita yang bertindak melarikan diri selepas kenderaan dinaiki melanggar kereta peronda polis (MPV) di Jalan Teratai, Taman Bukit Teratai di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian jam 2.30 pagi, pihaknya menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam keadaan mencurigakan telah menarik kabel disyaki untuk dicuri.

"Kesemua suspek yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak polis.

"Kenderaan suspek tersebut bertindak mengundur lalu melanggar bahagian hadapan kenderaan MPV dan melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Azam
Mohd Azam

Mohd Azam berkata, pihaknya telah mengejar kenderaan dinaiki suspek sejauh 200 meter, sebelum kenderaan itu melanggar pembahagi jalan di persimpangan masuk Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan hilang jejak.

"Kita berjaya memberkas kesemua suspek berusia 21 hingga 32 tahun di sekitar kawasan Kajang, pada keesokan hari.

"Kita turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terlibat di dalam kejadian tersebut dan beberapa alatan memotong kabel," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, semakan lanjut dua suspek mempunyai rekod lampau.

"Kesemua suspek telah direman selama empat hari sehingga Sabtu lalu.

"Dua suspek masih ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian kabel, manakala dua lagi telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kes disiasat bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan merujuk kepada menghalang penjawat awam," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!