Pau Marti dedah rahsia Harimau Malaya muncul juara Pestabola Merdeka

Pemain-pemain Harimau Malaya meraikan kejayaan menjuarai Pestabola Merdeka 2024, selepas menewaskan Lubnan dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Ahad. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

KETUA jurulatih skuad bola sepak negara, Pau Marti Vicente membuka mulut mengenai kejayaan Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka 2024 selepas menumpaskan Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Ahad.

Beliau berkata, barisan kejurulatihan, pegawai dan para pemain bekerja sebagai satu pasukan ibarat sebuah keluarga besar yang utuh.

Sambil meluahkan rasa gembira dengan kemenangan itu, jurulatih dari Sepanyol itu turut menyifatkan kejayaan tersebut sebagai bukti simbolik atas kerja keras anak-anak buahnya.

"Ia satu aksi yang sukar. Semua pemain bekerja keras pada aksi final dan ini adalah hari yang baik untuk diraikan. Fikiran saya ketika ini ialah kami sangat gembira dan layak untuk menang.

Pemain Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi diasak tonggak Lubnan, Khalil Khamis dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka di Bukit Jalil. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pemain Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi diasak tonggak Lubnan, Khalil Khamis dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka di Bukit Jalil. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Barisan pemain yang mantap dan hubungan dalam kalangan pegawai pasukan juga bagus. Hubungan erat secara keseluruhan. Itu antara kunci kejayaan pasukan," katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan.

Jaringan tunggal penyerang naturalisasi, Romel Morales pada babak pertama sudah cukup buat Malaysia merangkul gelaran kali ke-13 dan pertama sejak kemenangan terakhir pada tahun 2013 menerusi skuad bawah 23 tahun.

Menyentuh mengenai aksi tersebut Pau Marti berkata, pasukan berpeluang untuk menokok dua lagi jaringan pada separuh masa kedua, namun bergelut untuk mengekalkan tahap permainan konsisten seperti babak pertama.

Artikel Berkaitan:

"Separuh masa pertama sangat positif, kami berdepan lawan yang bertahan dengan sangat baik dan sukar untuk ditembusi. Namun kami masih dapat mengawal permainan dan bernasib baik dapat menghasilkan gol.

"Separuh masa kedua, kami bergelut untuk mengekalkan corak permainan yang sama dan mempunyai beberapa peluang serta boleh menjaringkan satu atau dua gol. Mungkin ia akan jadi berbeza untuk kita " katanya.

Tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid antara pemain negara yang diturunkan Pau Marti dalam kesebelasan utama. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid antara pemain negara yang diturunkan Pau Marti dalam kesebelasan utama. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Kemenangan tersebut juga menamatkan kemarau kejuaraan buat Malaysia di pentas antarabangsa selepas kali terakhir memenangi Piala AFF pada 2010.

Malah, kejayaan itu turut menghapus badi kekalahan kepada negara Arab selepas kali terakhir skuad Harimau Malaya menang 2-1 ke atas Yaman 10 tahun lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!