Dua pekerja tapak binaan maut tertimbus runtuhan tanah

Dua warga Bangladesh maut dalam kejadian tanah runtuh di Elmina Ridge, Shah Alam pada Isnin.
Dua warga Bangladesh maut dalam kejadian tanah runtuh di Elmina Ridge, Shah Alam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua warga Bangladesh maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Elmina Ridge, di sini pada Isnin.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 10.29 pagi.

Katanya, laporan kejadian melibatkan dua lelaki tertimbus runtuhan tanah dan konkrit sedalam kira-kira 0.3 meter.

"Kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan longkang.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh semasa melakukan kerja pembinaan longkang di Elmina Ridge, Shah Alam pada Isnin.
Mangsa disahkan meninggal dunia selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh semasa melakukan kerja pembinaan longkang di Elmina Ridge, Shah Alam pada Isnin.

"Mangsa pertama berjaya dibawa keluar pada jam 11.12 pagi, manakala mangsa kedua dibawa keluar pada jam 11.35 pagi," katanya pada Isnin.

Sebelum ini, gempar satu kejadian runtuhan tebing sungai yang menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas Puchong, Selangor, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Bomba berjaya menemui dua mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Elmina Ridge, Shah Alam pada Isnin.
Bomba berjaya menemui dua mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Elmina Ridge, Shah Alam pada Isnin.

Runtuhan tebing sungai telah menenggelamkan kawasan pembinaan sedalam 19 meter.

Bagaimanapun, bomba yang menerima panggilan pada jam 4.14 petang itu mendapati kejadian tidak melibatkan mangsa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!