SKMM sedia bantu PDRM kes Teresa Kok

Nie Ching (tiga dari kanan) pada Majlis Pelancaran Pos Shop Pudu pada Isnin.
Nie Ching (tiga dari kanan) pada Majlis Pelancaran Pos Shop Pudu pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan terhadap kes Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkaitan isu sijil halal.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, ia susulan kes tersebut membabitkan isu raja, agama dan kaum (3R) di bawah bidang kuasa PDRM.

Menurutnya, SKMM sedia bekerjasama dengan PDRM bagi membantu siasatan.

"Oleh sebab ini isu yang menyentuh 3R, jadi akan disiasat oleh PDRM. Siasatan dijalankan SKMM setakat ini hanya untuk membantu PDRM.

"Bagi pihak kementerian, kami sedia bekerjasama sekiranya PDRM memerlukan sebarang bantuan. Bagi pihak DAP, pandangan saya berpandukan kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook," katanya mengulas berhubung isu berkenaan.

Beliau ditemui pada Majlis Pelancaran Pos Shop Pudu ke-36 pada Isnin.

Teresa sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran dan bukan secara paksa.

Menurutnya, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil selain menambahkan kos pentadbiran.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, siasatan akan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) melibatkan isu berkaitan raja, agama dan kaum (3R) kerana pihaknya menerima lima laporan polis terhadap Teresa.

Sementara itu, Anthony pada Isnin memaklumkan, DAP akan membantu Teresa melalui biro guaman parti berkenaan dalam memberi nasihat undang-undang sepanjang proses memberi keterangan kepada P

Anthony berkata, pucuk pimpinan DAP yakin bahawa Teresa tidak melanggari undang-undang dalam menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!