10,000 sekolah sambut Hari TVET bermula Jun depan

Fadliana (tiga kanan) melawat reruai pameran selepas peluncuran Hari TVET Sekolah peringkat Kebangsaan di SMK Seri Perdana Kluang, pada Isnin.
Fadliana (tiga kanan) melawat reruai pameran selepas peluncuran Hari TVET Sekolah peringkat Kebangsaan di SMK Seri Perdana Kluang, pada Isnin.
A
A
A

KLUANG - Sebanyak 10,000 sekolah di seluruh negara akan menyambut Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara serentak bermula 2 Jun tahun depan.

Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek berkata, selari dengan hasrat menjadikan TVET sebagai pilihan utama kerjaya, Jun dijadikan sebagai bulan TVET di sekolah.

"Hari ni kita luncurkan sambutan Hari TVET sekolah. Tahun depan seluruh sekolah di Malaysia tidak terkecuali yang ada TVET atau tiada TVET, semua sekolah akan meraikan hari TVET pada 2 Jun.

"Ia selaras dengan penegasan Majlis TVET negara dan hala tuju negara melalui pendidikan TVET sekali gus menjadikannya pilihan utama dalam perjalanan pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan peluncuran Hari TVET Sekolah peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan ( MK) Seri Perdana di sini, pada Isnin.

Sebanyak 16 SMK, enam Kolej Vokasional dan enam institusi pendudukan menyertai sambutan Hari TVET Sekolah membabitkan pameran seperti ternakan puyuh, robot dan refleksologi.

Dalam pada itu Fadlina berharap sambutan Hari TVET Sekolah akan meningkatkan lagi penyertaan pelajar dalam pelbagai sektor industri di negara ini.

"Sambutan ini diadakan bukan sahaja untuk meningkatkan kesedaran tetapi juga untuk menyediakan laluan kerjaya yang jelas bagi pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.

Artikel Berkaitan:

"Di mana, ia semakin relevan dengan keperluan industri masa kini dan masa depan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!