PPSMI pendorong kejayaan saya: Syed Saddiq
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menjadi antara pendorong kejayaannya hari ini.
Syed Saddiq berkata, beliau antara anak muda yang berjaya dididik melalui sistem itu menyebabkannya menyokong hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan dasar berkenaan dalam sistem pendidikan negara.
"Pada peringkat awal penggunaan bahasa Inggeris, saya sangat lemah tetapi selepas tamatnya pengajian di peringkat tinggi apa yang saya belajar melalui pendidikan PPSMI tersebut juga saya dapat guna pakai ke peringkat universiti sampai ke hari ini.
"PPSMI memang banyak membantu saya dan generasi saya. Sebab itu saya menyokongnya walaupun perkara itu bukan perkara yang mudah," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis Luncheon Talk sempena Program Malaysia Future Leader School Tier 3 di sini hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: PPSMI: 'Kerajaan ulangi kesilapan jika PPSMI dilaksanakan semula'
DAP akan dapatkan penjelasan menyeluruh
Subjek Sains, Matematik kembali diajar dalam Bahasa Inggeris: PM
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!