ATM tahan dua penyeludup, rampas barangan runcit bernilai hampir RM200,000

ATM menahan dua penyeludup dalam operasi di sempadan Malaysia-Thailand di Pasir Mas pada Ahad.
ATM menahan dua penyeludup dalam operasi di sempadan Malaysia-Thailand di Pasir Mas pada Ahad.
A
A
A

PASIR MAS - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas pelbagai barangan runcit yang dibawa masuk secara tidak sah ke negara ini selepas menahan dua penyeludup dalam operasi di sempadan Malaysia-Thailand di sini pada Ahad.

Serbuan jam 6 petang itu membawa kepada rampasan barangan termasuk lori yang dianggarkan berjumlah RM178,434.40.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, semasa melakukan rondaan rutin anggota bertugas telah mengesan kelibat dua lelaki memunggah barang-barang runcit ke dalam sebuah lori yang diparkir berdekatan dengan Sungai Golok.

Antara barang yang dirampas.
Antara barang yang dirampas.

"Ketangkasan anggota bertugas kemudiannya berjaya menahan dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 23 dan 25 tahun untuk sisatan lanjut," katanya pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan barangan runcit seperti serbuk kopi, asam jawa, rumpai laut, kacang gajus dan set pinggan.

Katanya, susulan itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lubok Stol dan kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!