Bayi maut di taska: Tiada laporan suspek dera anak

Suspek direman seminggu bagi membantu siasatan selepas disyaki mengakibatkan seorang bayi lelaki maut di sebuah taska di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah.
Suspek direman seminggu bagi membantu siasatan selepas disyaki mengakibatkan seorang bayi lelaki maut di sebuah taska di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah.
A
A
A

ALOR GAJAH - Polis tidak menerima laporan penderaan yang dilakukan suspek bunuh bayi lelaki di sebuah taska di sini terhadap anak-anaknya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, suspek yang juga pengasuh taska berusia 34 tahun itu masih lagi direman dan setakat ini polis juga belum memanggil suami suspek untuk membantu siasatan.

Ashari
Ashari

"Setakat ini tiada (laporan penderaan membabitkan anak-anak suspek berusia dua, enam dan lapan tahun)," katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Sinar Harian pada Jumaat lalu melaporkan kematian seorang bayi berusia lapan bulan di sebuah taska di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah, Melaka.

Susulan itu, polis telah menahan suspek yang beralamat di Endau, Johor di pusat jagaan berkenaan kira-kira jam 3.30 petang oleh anggota Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Suspek kini direman selama seminggu selepas perintah reman dibenarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Nor Syaliati Mohd Sobri bermula Sabtu lalu.

Hasil laporan bedah siasat yang diperoleh daripada Unit Forensik Hospital Alor Gajah mengesahkan punca kematian Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri adalah kerana lemas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!