Semangat wira, Keluang Man bersama Wonda Kopi curi tumpuan

Kemunculan maskot Keluang Man oleh pelakon Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T ketika sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos lalu.
Kemunculan maskot Keluang Man oleh pelakon Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T ketika sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Penampilan Wonda Coffee dengan produk edisi baharu iaitu ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ sewaktu perarakan Hari Kebangsaan baru-baru ini mencuri tumpuan pengunjung dengan kemunculan maskot Keluang Man oleh pelakon Nas Muammar Zar atau Nas-T.

Naib Presiden Pemasaran di Etika, Amy Gan berkata, edisi kali ini memberi penghormatan kepada budaya kopi Kluang yang dihargai serta rasa asli kopi tempatan Malaysia.

"Kerjasama kami dengan Astro Shaw bukan sahaja menggabungkan seni pembuatan filem dan pembuatan kopi tetapi juga menceritakan kisah bermakna bersama rakyat Malaysia di seluruh negara.

"Sewaktu sambutan Hari Kebangsaan 2024, maskot kami melambai orang ramai dari bas 'Hop-On-Hop-Off Kuala Lumpur' dengan gerakan ikoniknya.

Maskot Keluang Man iaitu pelakon Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T ketika sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos lalu.
Maskot Keluang Man iaitu pelakon Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T ketika sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos lalu.

"Persembahan itu meraih sorakan lebih meriah apabila 'Keluang Man' mempamerkan kopi edisi baharu itu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, antara bahan istimewa dalam kopi edisi kali ini adalah Tongkat Ali, ia melambangkan kekuatan superhero Malaysia serta mendorong peminat kopi untuk mempunyai semangat wira dalam diri mereka.

Ujarnya, kopi Kluang telah menjadi titik sentuhan budaya bagi rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dan diharapkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ ini akan menjadi kaedah yang bermakna untuk menghargai serta meraikan tradisi tempatan.

Artikel Berkaitan:

Maskot Keluang Man iaitu pelakon Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T bergambar bersama peminat di reruai Wonda Coffee dan Astro Shaw.
Maskot Keluang Man iaitu pelakon Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T bergambar bersama peminat di reruai Wonda Coffee dan Astro Shaw.

"Kami juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada masyarakat kerana menerima edisi baharu ini dan memasukkannya ke dalam seni mural tempatan, mempamerkan semangat dan warisan Kluang yang kaya.

"‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ bukan sahaja menawarkan pengalaman unik untuk filem ini, tetapi juga mewakili arah baru dalam memanfaatkan filem tempatan sebagai platform untuk kreatif dan perkongsian jenama inovatif.

"Kerjasama ini merupakan penghormatan kepada identiti Malaysia dan kami berhasrat untuk mencipta pengalaman yang bermakna untuk penonton," jelasnya.

Dalam pada itu, Amy memaklumkan, selepas perarakan, Keluang Man bertemu peminat ketika sesi beramah mesra di reruai Astro Shaw dan Wonda Coffee.

Pada masa sama, beliau berkata, orang ramai dialu-alukan untuk menikmati campuran unik ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’ dengan keunggulan rasa Tongkat Ali sementara stok masih ada.

"Untuk mendapatkan ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’, anda boleh pergi ke kedai-kedai utama di seluruh negara dan rasai sendiri pengalaman rasa kopi tempatan yang memukau dalam setiap teguk," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!