Kim Swee kecewa keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil

Keadaan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil semasa perlawanan akhir Pestabola Merdeka, Malaysia menentang Lubnan pada Ahad. Foto SINAR HARIAN MOHD HALIM ABDUL WAHID. Gambar kecil: Kim Swee
Keadaan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil semasa perlawanan akhir Pestabola Merdeka, Malaysia menentang Lubnan pada Ahad. Foto SINAR HARIAN MOHD HALIM ABDUL WAHID. Gambar kecil: Kim Swee
A
A
A

PRESIDEN Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) Datuk Ong Kim Swee menegur pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berikutan keadaan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil, semasa perlawanan akhir Pestabola Merdeka, Malaysia menentang Lubnan pada Ahad.

Malah Kim Swee yang sebelum ini merupakan bekas pengendali Harimau Malaya tidak hanya menyuarakan kebimbangannya mengenai keselamatan pemain-pemain tetapi juga imej Malaysia sebagai penganjur kejuaraan berkenaan.

“Tahniah pasukan kebangsaan memenangi Piala Merdeka. Bagaimanapun, semasa meraikan pencapaian ini, adalah penting menangani keadaan Stadium Nasional Bukit Jalil. Ia agak membimbangkan dan tidak mencerminkan piawaian yang sesuai dengan pasukan dan acara yang begitu hebat.

“Keadaan padang yang buruk bukan sahaja menjejaskan keselamatan pemain tetapi juga kualiti keseluruhan permainan. Kami berharap langkah-langkah yang sewajarnya akan diambil untuk memastikan bidang itu dikekalkan pada standard tertinggi.

“Pemain-pemain berhak mendapat persekitaran terbaik untuk mempamerkan kemahiran mereka dan bermain dengan selamat. Sekali lagi, tahniah dan kami mengharapkan lebih banyak kemenangan pada masa depan dalam keadaan yang lebih baik,” katanya yang juga pengendali Sabah FC dalam ciapan di laman Twitter (X) pada Isnin.

Skuad Harimau Malaya kendalian Pau Martí Vicente sebelum itu menjulang kejuaraan Pestabola Merdeka 2024 apabila menewaskan Lubnan, 1-0 dalam perlawanan akhir.

Namun keadaan permukaan padang dipercayai menjadi antara punca pemain Harimau Malaya seperti Dominic Tan juga pemain The Rhinos terpaksa dikeluarkan pada minit ke-49 digantikan dengan Muhamad Feroz Baharudin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!