Tebing sungai runtuh: Projek Kumpulan Masteron tidak terjejas

Kumpulan Masteron mengesahkan projek pembangunan di Taman Mas, Puchong tidak terjejas ekoran tebing sungai runtuh.
Kumpulan Masteron mengesahkan projek pembangunan di Taman Mas, Puchong tidak terjejas ekoran tebing sungai runtuh.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemaju hartanah, Kumpulan Masteron mengesahkan projek pembangunan di Taman Mas, Puchong tidak terjejas ekoran tebing sungai runtuh.

Antara projek Masteron di Puchong, Taman Mas, termasuk KR7, Koi Prima, D'Aman Residences, Calisa N & M dan Koi Suites.

Kumpulan Masteron dalam satu kenyataan berkata, Perbandaran Taman Mas Masteron, seluas 58.67 hektar tidak terjejas disebabkan insiden tersebut.

“Pembangunan kami, terletak 2.75 kilometer (km) dari tapak dan ia diteruskan seperti dijadualkan tanpa sebarang gangguan.

“Projek kami diteruskan dengan selamat dan mengikut jadual, disokong oleh jarak yang jauh dari tapak pembinaan yang terjejas dan ia disahkan oleh data geografi,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Pada Sabtu, tebing sungai di projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) runtuh menyebabkan limpahan air sungai memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan projek itu.

Sehubungan itu, semua kerja pembinaan di tapak projek bekalan air itu dihentikan sementara bagi menilai keadaan dan melaksanakan protokol keselamatan tambahan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!