Lelaki maut motosikal terbabas dilanggar lori

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai terbabas di selekoh sebelum dilanggar sebuah lori dalam kejadian di Jalan Sungai Sam-Dabong berhampiran Kampung Slow Temiang di Kuala Krai pada Isnin.

A
A
A

KUALA KRAI - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai terbabas sebelum dilanggar sebuah lori dalam kejadian di Jalan Sungai Sam-Dabong berhampiran Kampung Slow Temiang di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 12.45 tengah hari.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa motosikal jenis Honda AFS110 yang ditunggang mangsa dari arah Kuala Krai menghala ke Dabong.

"Semasa melalui jalan selekoh, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan menyebabkan dia terjatuh dan terseret bersama motosikalnya masuk ke laluan bertentangan," katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa motosikal jenis Honda AFS110 yang ditunggang mangsa dari arah Kuala Krai menghala ke Dabong.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa motosikal jenis Honda AFS110 yang ditunggang mangsa dari arah Kuala Krai menghala ke Dabong.

Mazlan berkata, disebabkan jarak yang terlalu dekat, lori jenis Isuzu yang datang dari Kuala Gris menghala ke Manek Urai tidak sempat membrek lalu melanggar motosikal terbabit bersama penunggangnya sehingga terbabas ke bahu kiri jalan.

Tambahnya, akibat pelanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala motosikal mangsa turut terbakar.

"Bagaimanapun pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. Mayat mangsa telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk dibedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Punca kemalangan adalah disebabkan kegagalan penunggang motosikal mengawal kenderaannya sehingga terbabas masuk ke dalam laluan bertentangan dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!