Pencemaran bau kimia: SK Kampung Maju Jaya ditutup

SK Kampung Maju Jaya, Johor Bahru diarah tutup susulan 21 murid mengalami loya, sesak nafas dan pening kepala akibat terdedah dengan pencemaran bau sejak awak pagi Isnin.
SK Kampung Maju Jaya, Johor Bahru diarah tutup susulan 21 murid mengalami loya, sesak nafas dan pening kepala akibat terdedah dengan pencemaran bau sejak awak pagi Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya ditutup pada Isnin selepas terdedah dengan pencemaran bau kimia.

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, penutupan sekolah membabitkan 1,024 pelajar dan 64 guru itu dilakukan pada jam 1 petang.

Jelas beliau, langkah itu bagi membendung masalah yang lebih serius yang boleh menjejaskan tahap kesihatan murid dan guru apabila terdedah dengan bahan tercemar itu.

"SK Kampung Maju Jaya mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Penutupan sekolah telah dibuat pada Isnin ekoran pencemaran bau yang dilaporkan.

"Tempoh penutupan sekolah sama ada dilanjutkan esok (Selasa) masih dalam pertimbangan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)," katanya dihubungi pada Isnin.

Sebelum itu media melaporkan, seramai 21 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya di sini, mengalami gejala ringan termasuk loya akibat terdedah dengan pencemaran bau yang mengancam kawasan perkampungan itu sejak awal pagi hari ini.

Ketua Kampung Maju Jaya, Roslan Hassan berkata, kumpulan berkenaan adalah murid sesi pagi yang berusia antara 10 hingga 12 tahun.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pencemaran bau di Kampung Maju Jaya dan Kampung Tawakal pagi tadi mengakibatkan sekolah terbabit ditutup.

Artikel Berkaitan:

“Saya bersama pihak bomba, polis, ketua kampung dan penghulu telah turun padang melawat kawasan.

“Saya turut menghubungi YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan memaklumkan perkara ini. Beliau mengarahkan sekolah tutup serta merta demi keselamatan guru dan murid,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!