Pencemaran bau kimia: Onn Hafiz berang, mahu pelaku ditangkap

Onn Hafiz (dua kanan) diberi taklimat mengenai keadaan pencemaran bau kimia yang berlaku di sekitar Johor Bahru pada Isnin.
Onn Hafiz (dua kanan) diberi taklimat mengenai keadaan pencemaran bau kimia yang berlaku di sekitar Johor Bahru pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mahu pelaku pencemaran yang menyebabkan insiden pencemaran bau kimia di tangkap pihak berkuasa.

Tegas Onn Hafiz, kerajaan Johor memandang serius isu berkenaan dan segera menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu pencemaran tersebut.

Jelas beliau, jawatankuasa khas itu ditubuhkan supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

“Saya telah mengarahkan dan menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu pencemaran ini sebaik mungkin.

Anggota bomba memantau keadaan pencemaran bau kimia yang berlaku di sekitar Johor Bahru pada Isnin.
Anggota bomba memantau keadaan pencemaran bau kimia yang berlaku di sekitar Johor Bahru pada Isnin.

“Saya amat berharap agar isu ini tidak berulang lagi. Saya mohon agar pengusaha perindustrian dan orang ramai dapat bersama-sama menjaga kebersihan dan kualiti persekitaran kita.

“Semua ini penting bagi memastikan kesejahteraan bersama, melindungi kesihatan awam dan memelihara alam sekitar kita untuk generasi akan datang,” katanya dalam muat naik di Facebook miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Onn Hafiz dimaklumkan siasatan sudah dilaksanakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor melalui Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat).

Artikel Berkaitan:

Katanya, siasatan itu bagi mengenal pasti sisa bahan kimia yang terkandung dalam sampel air yang tercemar untuk membendung isu pencemaran yang berlaku daripada terus merebak.

Onn Hafiz (tengah) meninjau keadaan pencemaran bau kimia yang berlaku di sekitar Johor Bahru pada Isnin
Onn Hafiz (tengah) meninjau keadaan pencemaran bau kimia yang berlaku di sekitar Johor Bahru pada Isnin

“Saya telah melakukan lawatan ke lokasi yang berkenaan bagi melihat sendiri situasi sebenar dan menilai tahap pencemaran berlaku,” katanya.

Selasa lalu, beberapa kawasan di Bandaraya Johor Bahru dilanda pencemaran bau kimia yang menyebabkan penduduk khususnya di Kampung Melayu Pandan merasa loya dan pening.

Pencemaran tersebut turut dilaporkan berlaku di tiga taman perumahan di Johor Bahru iaitu Taman Daya, Mount Austin dan Taman Istimewa.

Pencemaran terbaharu dikesan lagi Jumaat lalu di Kawasan Industri Desa Tropika, Johor Jaya manakala hari ini pula pencemaran dikesan di Kampung Orang Asli Pasir Intan, Kota Tinggi dan di Sungai Skudai, Skudai, Johor Bahru.

@sinarharianonline

Pencemaran bau kimia: Onn Hafiz berang, mahu pelaku ditangkap #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Edisi #Johor #Pencemaran #Bau #Kimia #MB #OnnHafiz

News - AShamaluevMusic

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!