PRN Sabah: UMNO, BN bincang perhalusi kerjasama dengan PH

Bung Moktar
Bung Moktar
A
A
A

KOTA KINABALU - UMNO Sabah akan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Sabah bagi memperhalusi kerjasama parti itu bersama Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) nanti.

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin bahawa kerjasama BN-PH akan menjamin kestabilan politik di Sabah.

"UMNO Sabah menyokong kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya akan datang.

"UMNO Sabah juga akan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa BN Sabah bagi memperhalusi kerjasama bersama PH di peringkat negeri untuk memastikan kemenangan di PRN17," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Sabah di sini pada Isnin.

Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, sebagai langkah strategik, kepimpinan parti peringkat negeri digesa untuk membantu kempen PRK Mahkota itu nanti.

"Ia bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama BN-PH, sekali gus memastikan kemenangan calon BN.

"Kejayaan model ini akan dijadikan panduan bagi PRN17, di mana UMNO Sabah yakin kerjasama BN-PH akan menjamin kestabilan politik dan kemakmuran Sabah," katanya.

Beliau turut memaklumkan, pemeriksaan di setiap Bahagian menunjukkan kesiapsiagaan di peringkat akar umbi memuaskan.

Artikel Berkaitan:

"Mana-mana ruang penambahbaikan akan segera diambil tindakan untuk memastikan jentera pilihan raya berada dalam keadaan terbaik," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!