Tapak pelupusan sampah Tanjung Langsat terbakar
PASIR GUDANG - Tapak pelupusan sampah seluas enam ekar di Jalan Nibong, Tanjung Langsat terbakar hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Pegawai Bomba Kanan II, Iszahwati Supardi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.11 petang.
"Seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian bersama satu jentera FRT (Fire Rescue Tender) bagi memadam kebakaran.
"Operasi pemadaman turut dibantu 10 kakitangan Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan tiga kakitangan Jabatan Alam Sekitar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iszahwati berkata, sebuah jengkaut Majlis Perbandaran Pasir Gudang turut digunakan dalam operasi pemadaman itu.
"Operasi pemadaman menggunakan sumber air tangki jentera dan pili bomba berhampiran.
"Operasi pemadaman masih dijalankan sehingga kini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!