Polis buru penghantar makanan curi duit tabung masjid RM3,000

Perbuatan suspek yang menggalas beg p-hailing dan mengumpil serta mengambil wang RM3,000 dari tabung di lobi masjid itu, dirakam kamera litar tertutup pada 11.40 pagi semalam.
Perbuatan suspek yang menggalas beg p-hailing dan mengumpil serta mengambil wang RM3,000 dari tabung di lobi masjid itu, dirakam kamera litar tertutup pada 11.40 pagi semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai penghantar makanan yang mengumpil dua tabung derma di Masjid An-Nur di USJ 4 Subang Jaya pagi semalam yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM3,000.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dalam kenyataan berkata, perbuatan suspek yang memakai baju biru, seluar panjang berwarna coklat dan menggalas beg p-hailing mengumpil dan mengambil wang tabung di lobi masjid itu, dirakam kamera litar tertutup pada 11.40 pagi semalam.

Beliau berkata, kejadian itu disedari setiausaha masjid pada 9.30 malam hari yang sama.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat dan memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627222 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya),” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!