Piala Raja Thai: PSM puas hati, mara final sudah capai sasaran

Sumali Reduan
Sumali Reduan
A
A
A

PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) berpuas hati dengan pencapaian pasukan negara biarpun gagal muncul juara acara regu berpasukan sepak takraw negara dalam aksi final Piala Raja Thai di Nakhon Ratchasima, pada Ahad.

Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, kejayaan mara ke final selain muncul juara acara regu lelaki telah mencapai misi ditetapkan badan induk itu.

"Kita memang dari awal meletakkan sasaran untuk mara ke final acara berpasukan dan menang dalam acara regu lelaki.

"Jadi saya amat berpuas dengan pencapaian pasukan kita di Piala Raja Thai itu kerana rata-rata pemain dilihat menunjukkan peningkatan.

"Ini sebenarnya sebagai persediaan kita untuk mengharungi tiga kejohanan besar pada tahun hadapan yang aya kira lebih mencabar lagi," katanya.

Beliau berkata, beberapa kelemahan yang dikesan di Piala Raja Thai akan di perbaiki menjelang tiga kejohanan utama nanti.

"Selepas ini kita akan lakukan perbincangan dan bedah siasat untuk meningkatkan lagi permainan pasukan.

"Tahun depan kita mahu tampil lebih baik lagi dan moga-moga banyak lagi kejayaan dapat diraih," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tahun depan, tiga kejohanan utama menjadi perhatian PSM antaranya Piala Asia di Kuala Lumpur pada Mei depan selain Piala Raja Thai 2025 pada September dan temasya Sukan Sea Bangkok yang dijadual diadakan Disember tahun depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!