Kane intai penampilan ke-100
KAPTEN England, Harry Kane akan mencatat penampilan ke-100 bersama The Three Lions apabila melayan kunjungan Finland dalam Liga Negara-Negara di Wembley awal pagi Rabu.
Menurut Persatuan Bola Sepak (FA) England, Kane akan menjadi pemain ke-10 negara tersebut mencapai sasaran berkenaan.
Penyerang Bayern Munich berusia 31 tahun itu telah menjaringkan 66 gol dalam 99 penampilan untuk England sejak penampilan sulungnya pada 2015.
Kane adalah pemain pertama menjadi 'centurion' lelaki England sejak penyerang Wayne Rooney pada November 2014.
“England FA akan memberi penghormatan sebelum perlawanan Liga Negara-Negara dengan upacara pra-perlawanan khas yang akan termasuk penyampaian topi emas,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.
Sebelum sepak mula, England FA juga akan memberi penghormatan kepada bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson yang meninggal dunia pada usia 76 tahun bulan lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!