Perancis kembali nyala peluang

Randal Kolo Muani hasilkan gol pertama buat Perancis.
Randal Kolo Muani hasilkan gol pertama buat Perancis.
A
A
A

PERANCIS kembali menyalakan peluang bersaing dalam saingan Liga Negara-Negara selepas menjinakkan jiran tetangga Belgium, 2-0 dalam aksi Kumpulan B di Parc Olympique Lyonnais, Lyonnais.

Anak buah Didier Deschamps yang membuka kempen dengan kekalahan 1-3 kepada Itali di Paris sebelum ini tampil agresif.

Deschamps merombak kesebelasan utama Perancis apabila menukar lapan pemain utama termasuk Kylian Mbappe bagi menambah sengat jentera pasukan tuan rumah.

Sebaliknya Belgium yang dibimbing Domenico Tedesco tampil memburu kemenangan kedua selepas mengatasi Israel, 3-1 pada 7 September lalu.

Biarpun begitu angkatan Tedesco lebih berwaspada selepas dipalit memori tewas 0-1 kepada Perancis dalam pusingan 16 terakhir Euro Jerman 2024 di Duesseldorf sebelum ini.

Rembatan bintang kelab League Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) Randal Kolo Muani minit ke-29 meletakkan Les Bleus di depan.

Seorang lagi bintang PSG, Ousmane Dembele kemudian menjadikan kedudukan 2-0 buat Perancis dengan gol kedua pada minit ke-57 untuk tiga mata pertama Les Bleus.

Perancis akan berdepan Israel di Bozsik Arena, Budapest manakala Belgium akan mengunjungi Itali di Stadium Olimpico pada 11 Oktober depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!