Wanita, teman lelaki dera anak tiba di mahkamah

Wanita dan teman lelakinya yang didakwa mendera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Selangor pada Selasa.
Wanita dan teman lelakinya yang didakwa mendera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Selangor pada Selasa.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang wanita dan teman lelakinya yang disyaki mendera anak kandung perempuan berusia lima tahun tiba ke Mahkamah Sesyen Kuala Selangor secara berasingan pada Selasa.

Lelaki berusia 26 tahun yang berbaju lokap oren tiba terlebih dahulu menaiki trak polis kira-kira jam 8.40 pagi.

Wanita itu kemudiannya tiba pada jam 9.36 pagi dan kelihatan hanya tunduk sebelum diiring masuk ke dalam mahkamah.

Kedua-dua tertuduh disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, ibu kandung dan teman lelakinya ditahan selepas dipercayai mendera anak wanita berkenaan.

Kanak-kanak itu didera dengan cara dicubit, ditumbuk dan disiram dengan air panas.

Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kepada neneknya yang kemudian memaklumkan kepada bapa kandung berusia 28 tahun.

Bapa kandung mangsa kemudiannya membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan ibu kandung mangsa di rumahnya di sekitar Kuala Selangor pada 4 September lalu.

Artikel Berkaitan:

Teman lelaki wanita itu kemudiannya ditahan pada keesokannya di sebuah rumah di Sik, Kedah, kira-kira jam 4.30 petang.

Hasil semakan polis mendapati, lelaki terbabit mempunyai dua rekod jenayah berkaitan narkotik.

Mangsa di bawah jagaan wanita terbabit dan telah berpisah dengan bapa kandung kanak-kanak itu pada tahun 2020.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!