Pencemaran bau kimia: Tiga sekolah ditutup, pelajar ikuti PdPR

SK Kampung Jaya ditutup pada Selasa ekoran pencemaran bau disyaki bahan kimia di kawasan berkenaan.
SK Kampung Jaya ditutup pada Selasa ekoran pencemaran bau disyaki bahan kimia di kawasan berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga buah sekolah di daerah ini ditutup pada Selasa akibat pencemaran bau disyaki bahan kimia di kawasan berkenaan.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Maju Jaya, Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin murid dan pelajar akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

"Berdasarkan data SK Maju Jaya mempunyai 974 murid dan 64 guru; Sekolah Rendah Islam Hidayah mempunyai 1,232 murid dan 92 guru manakala Sekolah Menengah Islam Hidayah mempunyai 807 murid dan 75 guru.

"Penutupan sekolah dan pembelajaran secara PdPR ini setakat hari ini sahaja. Ia bergantung kepada situasi dan laporan semasa sama ada disambung untuk esok atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Aznan berkata, penutupan sekolah setakat ini, tidak melibatkan daerah Kota Tinggi walaupun terdapat kawasan perkampungan Orang Asli yang dilaporkan berdepan masalah pencemaran bau.

Pada Isnin, SK Kampung Maju Jaya ditutup pada jam 1 petang sebagai langkah keselamatan susulan 21 murid mengalami loya, sesak nafas dan pening kepala akibat terdedah dengan pencemaran bau.

Ketika tinjauan dilakukan di SK Kampung Maju Jaya dekat sini mendapati tiada murid yang hadir pada sesi persekolahan pagi selepas sekolah berkenaan ditutup pada sesi petang Isnin.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan di Sungai Tebrau yang terletak bersebelahan dengan sekolah mendapati masih terdapat pencemaran bau di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun bau berkenaan tidak sekuat pada Isnin, berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan sejak petang Isnin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!