'Tolong kami cari abang OKU hilang'

Ismail yang hilang sejak 4 September lepas
Ismail yang hilang sejak 4 September lepas
A
A
A

KEMAMAN - Seorang wanita merayu orang ramai untuk membantu mengesan abangnya yang hilang sejak 4 September lalu.

Rohani Abdullah, 48, berkata, abang sulungnya, Ismail Abdullah, 68, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pendengaran tidak pulang ke rumah keluarga di Kampung Pasir Gajah di sini, setelah keluar dari rumah dengan menunggang motosikal selepas Zohor.

"Abang saya tidak berkahwin dan dia tinggal di rumah kakak kedua saya di Kampung Pasir Gajah.

"Kebiasaan dia memang keluar rumah waktu pagi dan balik semula ke rumah pada sebelah petang.

"Namun kali ini dia tidak pulang ke rumah semula. Kami sekeluarga sudah membuat laporan polis dan amat risau mengenai keadaannya memandangkan faktor kesihatan dia yang tidak begitu sihat selain mengalami masalah pendengaran.

"Kali terakhir dia keluar dari rumah dengan menunggang motosikal jenis Honda lama bernomborkan plat PAM 7546," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Rohani berkata, mereka sekeluarga telah mencari Ismail merata tempat di kawasan kampung termasuk rumah kenalan dan saudara-mara namun gagal menjejakinya.

"Kami juga turut memeriksa mana-mana klinik kesihatan dan hospital, namun tiada sebarang maklumat diperoleh setakat ini.

Artikel Berkaitan:

"Kami sangat bimbang kerana dia tidak pernah berkelakuan sebegini. Malam tadi kami sekeluarga sudah melakukan solat hajat dan berdoa semoga abang saya ditemui dalam keadaan selamat serta tiada sesuatu yang buruk menimpa dirinya," ujarnya.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai Ismail boleh hubungi talian 013-9792074 atau melaporkan di balai polis berdekatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!