Polis Bentong minta bantuan kesan Tamillarsy

Polis meminta bantuan orang ramai mengesan Tamillarsy yang dilaporkan hilang sejak 21 Ogos lalu.
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan Tamillarsy yang dilaporkan hilang sejak 21 Ogos lalu.
A
A
A

BENTONG - Polis Bentong meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak 21 Ogos lalu di Kampung Sungai Cherpai, dekat Karak di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan V Tamillarsy, 32, yang dibuat oleh abang wanita itu kira-kira jam 10.33 pagi, pada 22 Ogos lalu.

Menurutnya, wanita tersebut berkulit hitam manis dengan ketinggian kira-kira 165 sentimeter dan berbadan sederhana.

"Wanita yang sudah berkahwin memakai baju T-shirt warna merah dan biru serta berseluar jeans dan kali terakhir dilihat di Kampung Sungai Cherpai dekat Karak.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebarang maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09- 2231999.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!