ABM dijangka buat rombakan dalam masa terdekat - Rexy

Rexy Mainaky
Rexy Mainaky
A
A
A

AKADEMI Badminton Malaysia (ABM) dijangka membuat rombakan barisan kejurulatihan pada 24 September ini, kata Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky.

Katanya, pihak pengurusan tertinggi badan induk itu akan mengadakan mesyuarat pada tarikh itu bagi membincangkan perkara berkenaan secara terperinci.

“Setakat ini perbincangan untuk menambah atau merombak jurulatih akan diadakan pada 24 September ini dan melibatkan bahagian perlu sahaja. Sudah ada 'calon', tapi akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti,” katanya kepada pemberita di ABM, pada Selasa.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pernah mengiklankan jawatan bagi mencari jurulatih perseorangan lelaki baharu buat skuad senior negara pada Mei lalu. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!