Bandar Wenzhou pula kuarantin penduduk, tutup jalan

Sukarelawan membantu menyemburkan penyahjangkit di kawasan penempatan penduduk di wilayah Zhejiang pada akhir bulan lalu. - Foto Agensi
Sukarelawan membantu menyemburkan penyahjangkit di kawasan penempatan penduduk di wilayah Zhejiang pada akhir bulan lalu. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Wenzhou di timur China yang mempunyai populasi sembilan juta penduduk bertindak menyekat pergerakan penduduk dan turut menutup laluan di bandar itu berkuat kuasa hari ini di bawah langkah paling drastik yang diambil pihak berkuasa di luar pusat wabak membawa maut itu.

Di bawah langkah itu, hanya seorang individu untuk setiap rumah dibenarkan keluar setiap dua hari untuk membeli barang keperluan.

Wilayah Zhejiang merekodkan jumlah pesakit dijangkiti paling tinggi di luar Hubei dengan 661 kes jangkitan disahkan dan 265 daripadanya dicatatkan di Wenzhou.

Bandar Wenzhou yang terletak sejauh lebih 800 kilometer dari Wuhan juga membatalkan sebarang acara awam dan tempat kunjungan ramai seperti kolam renang, panggung wayang dan muzium.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: Wuhan kini jadi bandar ‘hantu’

Selain itu, pihak berkuasa turut menggantung operasi kereta api metro dan pengangkutan awam lain serta sesi sekolah dan universiti hanya akan dibuka semula pada 1 Mac depan.

Difahamkan, perusahaan dibenarkan kembali beroperasi selepas 17 Februari depan kecuali agensi kerajaan dan jabatan pentadbiran akan mula bekerja bermula 9 Februari ini. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!