Bengkel kimpalan buat sambungan haram selepas bekalan air dipotong

Ainal Yusman (kanan) menunjukkan paip yang disambung secara haram.
Ainal Yusman (kanan) menunjukkan paip yang disambung secara haram.
A
A
A

NILAI - Sebuah bengkel kimpalan di Ulu Beranang,Lenggeng dekat sini dipercayai membuat penyambungan bekalan air secara haram selepas bekalan tersebut dipotong akibat tunggakan pembayaran dua tahun lalu.

Pengarah Unit Penguatkuasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ainal Yusman Mohamad Yusop berkata, premis berkenaan sebelum ini mempunyai akaun bekalan air yang sah berdaftar dengan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains).

"Bagaimanapun bekalan air itu telah dipotong pada 18 Julai 2022 kerana mempunyai tunggakan bil berjumlah RM2,186.60.

Pihak berkuasa membuat pemotongan sambungan bekalan haram di premis berkenaan pada Selasa.
Pihak berkuasa membuat pemotongan sambungan bekalan haram di premis berkenaan pada Selasa.

"Penyambungan bekalan air tidak sah ini dikesan berdasarkan risikan kira-kira sebulan lalu sebelum satu operasi penguatkuasaan secara mengejut dilakukan hari ini di lokasi," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurutnya, dalam operasi penguatkuasaan yang dilakukan, SPAN mendapati terdapat satu sambungan dengan menggunakan paip HDPE berukuran 25 millimeter secara terus daripada paip utama Sains.

"Sambungan yang disyaki tidak sah ini telah menyalurkan bekalan air ke dalam premis yang dipercayai digunakan untuk tujuan aktiviti harian mereka. Berikutan itu, perbuatan ini menyebabkan kerugian kepada Sains lebih kurang RM30,000.

Ainal Yusman (kanan) menunjukkan sampel air yang diambil di lokasi.
Ainal Yusman (kanan) menunjukkan sampel air yang diambil di lokasi.

Artikel Berkaitan:

"Kes ini seterusnya di siasat mengikut Seksyen 89 (9) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang mana siasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak SPAN.

"Di bawah seksyen 89 (9) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), jika bekalan air ke mana-mana premis telah dipotong oleh pemegang lesen pengagihan air dan didapati bahawa bekalan itu disambungkan semula tanpa kebenaran pemegang lesen pengagihan air itu, maka seseorang itu dianggap telah melakukan suatu kesalahan," katanya.

Dalam pada itu, Ainal Yusman berkata, pihaknya kini sedang mengesan pemilik premis terbabit untuk tindakan lanjut susulan ketika operasi dilakukan hanya terdapat penjaga atau pengawal yang berada di lokasi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!