PGA8 rampas 1,300kg ayam sejuk beku di Pasir Mas

Hasil pemeriksaan menemukan 65 kotak dengan setiap satunya berisi 20kg ayam sejuk beku tanpa dokumen yang sah. Foto PGA8 Kelantan
Hasil pemeriksaan menemukan 65 kotak dengan setiap satunya berisi 20kg ayam sejuk beku tanpa dokumen yang sah. Foto PGA8 Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 1,300 kilogram (kg) ayam sejuk beku bernilai RM9,750 dari negara jiran menerusi Op Taring Awasan di Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, seorang lelaki berusia 28 tahun yang membawa ayam sejuk beku terbabit menggunakan sebuah kereta turut ditahan.

"Anggota PGA8 yang menjalankan rondaan telah menahan kereta dipandu lelaki itu selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan menemukan 65 kotak dengan setiap satunya berisi 20 kg ayam sejuk beku tanpa dokumen yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan mendapati kesemua bekalan ayam sejuk beku itu dipercayai untuk pasaran tempatan di negeri ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!