MAHA 2024: NAFAS tampil kelainan dengan inovasi produk PELADANG

Orang ramai dijemput ke reruai NAFAS sepanjang MAHA 2024 yang diadakan di MAEPS, Serdang.
Orang ramai dijemput ke reruai NAFAS sepanjang MAHA 2024 yang diadakan di MAEPS, Serdang.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2024) yang merupakan acara dwitahunan akan berlangsung bermula 11 hingga 22 september 2024 di MAEPS, Serdang.

Pengurus Besarnya, Muhammad Faris Arriffin berkata, penglibatan NAFAS pada MAHA 2024 membuktikan komitmen dalam memajukan sektor pertanian negara sejajar dengan objektif keterjaminan makanan yang berterusan.

“Pameran ini turut memberi peluang kepada NAFAS untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memperkenalkan penyelesaian pertanian yang lebih efektif dan lestari,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pada penganjuran edisi ke 100 ini, NAFAS akan membawakan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran, jualan produk dan inovasi terbaik, termasuk produk makanan jenama Peladang, baja Peladang, pelbagai input pertanian dan jentera pertanian.

MUHAMMAD FARIS
MUHAMMAD FARIS

“Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke reruai NAFAS yang akan berada di segmen Agro Seed di Dewan A; MAHA Go Global (Hall C); Kingdom of Agrofood (Laman Tiba 1), Laman Padi, Laman Mekanisasi dan NAFAS Cube,” kata Muhammad Faris.

Beliau berkata, NAFAS turut membuka kaunter perkhidmatan Dana Peladang Kebangsaan di segmen Peladang Outlet - Dewan A, MAEPS, Serdang.

Menurut Muhammad Faris, sepanjang penganjuran MAHA 2024, NAFAS juga menampilkan kelainan dengan inovasi dalam sektor baja, pertanian moden, dan produk makanan sejuk beku jenama Peladang.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“NAFAS juga akan memperkenalkan pelbagai produk baja berkualiti dan demonstrasi proses pembuatan baja,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga berpeluang menyertai pertandingan memancing di NAFAS Cube.

“Pengunjung juga akan dapat menikmati hidangan di kafe yang disediakan di NAFAS Cube, menjadikannya lokasi yang sempurna untuk berehat dan bersantai sepanjang pameran,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung di MAHA 2024, seperti jualan happy hour dan uji rasa produk makanan jenama Peladang dan juga aktiviti-aktiviti santai dan permainan interaktif bersama pengunjung di segmen-segmen penglibatan NAFAS.

No Image Caption

“Jangan lepaskan peluang anda - jom beramai-ramai kita ke MAHA 2024 dan melihat sendiri pelbagai lagi aktiviti yang pastinya akan memberi pengalaman yang unik dalam penganjuran MAHA pada kali ini. Jumpa anda di sana!

Meraikan 100 tahun penganjuran dengan tema Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom, MAHA 2024 dijangka bakal menarik lebih tiga juta pengunjung sepanjang 12 hari ia berlangsung.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau berharap pameran itu akan menjadi platform kepada orang ramai khususnya anak muda, untuk meneroka potensi dan inovasi sektor pertanian, sekali gus memacu daya saing dalam membangunkan ekonomi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penglibatan NAFAS di MAHA 2024, orang ramai boleh mengikuti platform media sosial rasmi NAFAS di Facebook, Instagram, X, Threads, dan Tiktok - @nafashq.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!